Khidmat Terjemahan Profesional Dalam Talian

Malay Translation Services

ProofreadingServices.com menawarkan khidmat terjemahan profesional dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan dalam banyak lagi pasangan bahasa lain. Sementara kami paling dikenali kerana khidmat bacaan pruf dan suntingan untuk ahli akademik, pencari pekerjaan, ahli perniagaan dan pengarang dari seluruh dunia, khidmat terjemahan oleh manusia kami meneruskan komitmen terhadap hasil kerja yang berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang hebat dan kadar bayaran yang berpatutan.

Hubungi kami untuk sebut harga terjemahan.

Apakah khidmat terjemahan yang kami tawarkan?

Adakah anda bercadang untuk terbit di negara yang bertutur bahasa Inggeris, dalam jurnal berbahasa Inggeris atau sesuatu yang lain? Kami menawarkan terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dengan bacaan pruf yang berasingan oleh pasukan bahasa Inggeris kami.

Adakah anda mahu menjadikan kandungan anda tersedia kepada berbilion khalayak di seluruh dunia yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris? Kami menawarkan terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, Slovenia, Bulgaria dan banyak lagi.

Kami mengkhusus dalam ...

  • Terjemahan akademik. Serahkan kepada pasukan kami untuk menterjemahkan artikel jurnal, kertas penyelidikan, disertasi dan tesis anda ke bahasa Inggeris atau dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu supaya anda dapat terbit secara lebih meluas dan mengembangkan impak hasil kerja anda.
  • Terjemahan perniagaan. Menterjemahkan laman web, catatan blog, bahan pemasaran dan kandungan perniagaan lain ialah kunci kepada pertumbuhan perniagaan anda–dan menghasilkan lebih banyak pendapatan.
  • Terjemahan karya sastera. Anda telah bekerja keras menghasilkan manuskrip anda, sama ada ianya sebuah novel, memoir atau skrip filem. Khidmat terjemahan profesional oleh manusia boleh meningkatkan khalayak pembaca anda secara dramatik dan membolehkan khalayak di seluruh dunia menikmati karya anda.

Di ProofreadingServices.com, pasukan pakar bahasa kami telah menterjemahkan ribuan dokumen untuk pelanggan yang berpuas hati di Kuala Lumpur, George Town Pulau Pinang dan Ipoh serta di serata dunia. Berlainan dengan syarikat terjemahan lain, kami menawarkan bacaan pruf bahasa Inggeris bersama khidmat terjemahan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris kami untuk menghasilkan dokumen terjemahan yang kedengaran seperti ditulis oleh penutur jati.

Siapakah kami?

Penterjemah di ProofreadingServices.com mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk menterjemahkan hasil kerja anda dengan tepat sementara mengekalkan suara dan gaya anda. Disebabkan penterjemah bahasa Melayu kami mengkhusus dalam pelbagai subjek–daripada sains sosial hingga kejuruteraan awam–projek anda akan diserahkan kepada ahli pasukan yang tahu tentang bidang anda. Oleh itu, sama ada anda memerlukan surat iringan, bibliografi atau buku Kindle diterjemahkan ke bahasa Inggeris atau dari bahasa Inggeris, anda boleh mempercayai pasukan penterjemah bahasa Melayu kami untuk menghasilkan terjemahan berkualiti tinggi untuk projek anda.

Kenapa memilih khidmat terjemahan bahasa Melayu kami?

Di ProofreadingServices.com, kami memudahkan pengarang di seluruh dunia untuk berhubung dengan penterjemah terbaik dan pembaca pruf bahasa Inggeris. Khidmat terjemahan kami yang tepat dan berpatutan untuk perniagaan, ahli akademik dan pengarang akan membantu anda menjangkau pembaca baharu dan berkembang ke pasaran antarabangsa, tanpa mengira bahasa atau topik. Kami berbangga dengan piawaian berkualiti tinggi yang dicapai oleh penterjemah profesional kami, dan kami menjamin kepuasan anda terhadap hasil kerja kami.

Hubungi kami untuk sebut harga terjemahan.