Perkhidmatan Terjemahan Buku dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris

Malay Book Translation Services

ProofreadingServices.com menterjemahkan buku fiksyen dan bukan fiksyen dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, membantu pengarang menjangkau pembaca baharu dan menjual lebih banyak buku. Perkhidmatan terjemahan profesional kami adalah 100% berasaskan manusia—tidak pernah diautomasikan—dan kami berbangga dengan pencapaian kami menyampaikan terjemahan yang tepat sementara mengekalkan nada dan gaya kepengarangan anda.

Hubungi kami untuk sebut harga terjemahan sastera.

Kenapa menterjemahkan buku anda dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris?

Anda menghabiskan masa berbulan atau malah bertahun menulis buku anda, jadi mengapa mengehadkan kesannya dengan menerbitkan hanya dalam bahasa Melayu? Cara terbaik untuk menjangkau berbilion pembaca yang tidak membaca dalam bahasa Melayu adalah dengan menterjemahkan karya anda ke bahasa Inggeris. Dengan terjemahan bahasa Inggeris yang profesional, anda bukan sahaja akan meningkatkan khalayak pembaca anda, tetapi juga jualan anda.

Apakah perkhidmatan terjemahan buku yang kami tawarkan?

Kami menawarkan terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris AS atau UK dengan bacaan pruf yang berasingan oleh pasukan bahasa Inggeris kami. Sementara perkhidmatan lain hanya menterjemahkan buku anda, kami bukan sahaja menterjemahkan teks malah turut menghantarnya kepada pakar bahasa Inggeris yang melicinkan lagi rangkaian ayat yang janggal dan menyaring ralat yang masih ada. Lagipun, ProofreadingServices.com pada awalnya bermula sebagai perkhidmatan bacaan pruf dan penyuntingan, dan pasukan kami termasuklah beberapa orang editor bahasa Inggeris yang terbaik di dunia.

Apakah jenis manuskrip yang kami terjemahkan?

Kami menterjemahkan novel, karya bukan fiksyen, buku kanak-kanak dan banyak lagi untuk pengarang dari seluruh dunia. Kami mengkhusus dalam...

  • Buku sastera, seperti novel fiksyen sains, misteri, novel cinta dan fiksyen sejarah
  • Buku akademik, seperti manuskrip mengenai falsafah, sejarah, sains dan subjek yang lain
  • Buku perniagaan, seperti e-Buku mengenai produktiviti, buku kepimpinan pemikiran dan banyak lagi

Kami telah bekerja dengan ribuan klien yang buku-buku milik mereka merentas banyak genre dan subjek—daripada fiksyen remaja, memoir dan buku masakan sehinggalah kepada buku bukan fiksyen tentang politik, sains, teknologi dan seni. Ringkasnya, pengalaman kami yang bertahun-tahun yang digabungkan dengan rangkaian meluas pakar bahasa kami bermakna kami boleh menterjemah dan membaca pruf buku-buku yang ditulis hampir dalam sebarang bahasa, berkenaan sebarang topik.

Kenapa memilih perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kami untuk buku anda?

Kami menyerahkan tugas menterjemah buku di ProofreadingServices.com kepada penterjemah sastera, bukan penterjemah am. Seorang penterjemah sastera yang mahir akan menterjemah bukan setakat terjemahan patah demi patah kata secara literal, malah mematuhi kelaziman genre anda dan mengekalkan nuansa nada dan gaya penulisan anda.

Kami bertujuan untuk memudahkan pengarang di seluruh dunia berhubung dengan penterjemah dan pembaca pruf bahasa Inggeris yang terkemuka. Terjemahan bahasa Melayu-bahasa Inggeris kami dengan bacaan pruf berasingan ialah cara mudah untuk membolehkan lebih ramai pembaca membeli buku dan menikmati karya anda, sama ada anda tinggal di Kuala Lumpur, George Town Pulau Pinang, Ipoh atau di mana-mana tempat lain. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terjemahan berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang hebat dan kadar yang berpatutan, serta kami memberi jaminan anda akan berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Hubungi kami untuk sebut harga terjemahan.